JustPaste.it

Pengambilan Anggota Unit 69 Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Polis Diraja Malaysia berpangkat Inspektor, Koperal, L/Kpl & Konstabel (Lelaki sahaja) untuk berkhidmat di Unit 69 Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas.

1. Kelayakan diperlukan :
a. Pegawai berpangkat Inspektor umur tidak lebih 35 tahun.
Anggota Pangkat Rendah (APR) tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b. Bersih dari tindakan tatatertib @ tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib
c. Tinggi tidak kurang 165 cm
d. Pendengaran & penglihatan baik (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap)
e. Boleh berenang & mengapung badan didalam air.
f. Diakui memiliki tubuh badan yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit kronik seperti buasir, batu karang, tekanan darah tinggi, jantung, asma dan lain- lain serta kecederaan akibat kemalangan.
g. Kebolehan bertutur/menulis dalam bahasa Inggeris adalah diutamakan tetapi tidak menjadi syarat utama kelayakan memohon.
h. Semua peserta dikehendaki lulus ujian tenaga & proses temuduga semasa sesi pra pemilihan bagi melayakkan diri ke Ujian Penilaian & Pemilihan Awal (Selection) dan seterusnya mengikuti Kursus Asas Komando.

2. Setiap individu yang berjaya diserapkan ke Unit 69 Komando Pasukan Gerakan Khas layak menikmati kemudahan & elaun seperti berikut :
a. Elaun 69 Komando sebanyak RM600 – RM900 sebulan
b. Elaun Insentif PGA RM400 sebulan
c. Elaun Penyelam RM100 sebulan
d. Berpeluang untuk menghadiri kursus / tugas luar Negara

3. Semua permohonan hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Cawangan/Formasi masing-masing dan dihantar ke alamat :

KOMANDER 69 KOMANDO PASUKAN GERAKAN KHAS,
31150 ULU KINTA PERAK
(UP : ASP Latihan Peperangan Khas)

*Borang permohonan & tawaran akan dikeluarkan melalui Perintah Pasukan Khas melalui E Siar mulai 2017.

4. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat Cawangan Latihan Peperangan Khas 69 Komando ditalian 05-5406767.

Layari www.ejawatan.net untuk jawatan kosong kerajaan terkini!