JustPaste.it

PENGAMBILAN ANGGOTA PASUKAN GERAKAN UDARA (PGU) POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

1. Syarat-syarat kelayakan :

  1. 1.1  Anggota polis (lelaki sahaja) berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh permohonan ditutup;
  2. 1.2  Bebas dari tindakan tatatertib;
  3. 1.3  Ketinggian tidak kurang dari 163 cm;
  4. 1.4  Tubuh badan sihat dan bebas dari sebarang penyakit;
  5. 1.5  Pendengaran yang sangat baik;
  6. 1.6  Penglihatan yang baik tanpa cermin mata dan tidak buta warna;
  1. 1.7  Indeks Jisim Badan (BMI) tidak melebihi 25.0;
  2. 1.8  Kelulusan akademik minimum:-SPM atau kelayakan yang setaraf dengan kepujian dalam empat subjek seperti berikut:-Bahasa Malaysia; Bahasa Inggeris; Matematik; dan Sains.
  3. 1.9  Pengetahuan dalam bidang IT, kebolehan menaip dan menggunakan komputer adalah diutamakan;
  4. 1.10  Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah diutamakan tetapi tidak menjadi syarat wajib permohonan.
  1. Bagi permohonan yang tidak memenuhi sepenuhnya syarat-syarat di para 1.8 di atas tetapi memiliki kelulusan akademik yang lebih tinggi (Diploma / Ijazah / lain-lain) juga boleh memohon dan permohonan akan dipertimbangkan.
  2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan seperti yang dilampirkan, disertakan dengan satu keping gambar beruniform (tanpa peak cap) berukuran pasport dan semua pemohonan hendaklah mendapat sokongan dan kelulusan daripada Ketua Formasi / Pegawai Memerintah masing-masing dan perlu dimajukan ke alamat seperti berikut:Komander Pasukan Gerakan Udara, Tingkat 18, Menara 1,
    Polis Diraja Malaysia,
    Bukit Aman,50560 Kuala Lumpur.
    (U/P : Ketua Integriti dan Pematuhan Standard) (Tel: 03-22663418 dan Faks: 03-22723023)
  3. Semua permohonan akan ditapis dan hanya permohonan yang memenuhi syarat- syarat di para 1, 2 dan 3 di atas akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Ujian Penilaian Pengambilan Pemerhati Udara yang tarikhnya akan ditentukan kemudian.
  4. Setiap pemohon yang berjaya dalam eksesais pengambilan akan mengikuti Kursus Asas Pemerhati Udara di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Ipoh, Perak dan layak menerima insentif bulanan seperti berikut:-

5.1 Bayaran Insentif Penerbangan untuk Pelatih Pemerhati Udara sebanyak RM400.00 sebulan.

6. Pelatih Kursus Asas Pemerhati Udara yang lulus dan mendapat sijil akan diserapkan sebagai Pemerhati Udara dan layak menerima insentif bulanan seperti berikut:-

6.1 Bayaran Insentif Penerbangan untuk Pemerhati Udara sebanyak RM1,000.00 sebulan.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan eksesais pengambilan boleh menghubungi Supt Rahmat bin Mohd Yusof di talian 03-22663417 atau Insp Ahmad Hafizul Hilmi bin Mohd Shahar di talian 03-22663478 / 012-7542222 dan faksimili 03-22723023.

Layari www.ejawatanonline.com untuk iklan jawatan kosong kerajaan terkini!